Monday, February 8, 2010



HADITH PALSU YANG SERING KITA DENGAR

Ibn Abdil Barr meriwayatkan dari Anas R.A., bahawa Rasululllah SAW bersabda:

"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha alam ilmu yang dituntunya."

Ibn Adiy, Abu Nu'aim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia', Abu Al-Qasim al Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."
Kata Al-Albani: Hadis ini adalah Maudhu'. Penyakitnya ialah: Abu 'Atikah. *Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan kedhaifannya:

a) Al-'Uqaili memandangnya sangat Dhaif
b) Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadisnya.

c) Kata An-Nasa'i: Ia tidak Thiqah

d) Kata Abu Hatim: Zahibul Hadis
e) As-Sulaimani menyebutnya di antara orang yang dikenal dengan membuat Hadis.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; Al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibn Hibban: Hadis ini Batil, tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid. Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu "Kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati (3913-3914). Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China." Hadis ini adalah Maudhu'. Penyakitnya ialah: Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:
a) Kata Az Zahabi: Al Juwairabi adalah di antara orang yand dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya:

b) Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu 'Ali, salah seorang dajal.

c) Kata An-Nasa'i dan Ad-Daruquthni: Dia adalah pembohong.
d) Kata Ibn 'Adiy: Al Juwaibari membuat Hadis untuk Ibn Karram mengikut kemahuan Ibn Karram dan Ibn Karram mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah Hadis yang membuktikan kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya Hadis di atas. Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli Bid'ah yang saqith hadisnya. Ia banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:

a) Kata Ibn HIbban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat. b) Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c) Kemudian Az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti di tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d) kata Ibn Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang Syekh golongan Karamiah yang dengan Bid'ahnya meriwayatkan hadis-hadis Maudhu'.


*Rujukan: Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' (Jilid 2), oleh DRS. ABDULH GHANI AZMI BIN HADI IDRIS. (keluaran: Al-Hidayah)

PPost Before “read more”

And here is the rest of it

No comments:

Post a Comment