Thursday, November 12, 2009

sampai bila kita harus begini..bangkit la dari lena yang panjang

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد
ikhwati yang dihormati Allah,
kemelut yang melanda ummat islam pada hari ini amat memalukan kita sebagai ummat islam yang sepatutnya kuat bersatu padu dan mentaati Allah,namun atas kelalaian kita dan kealpaan itu telah membawa kita kepada perpecahan ini...mengapa semua ini terjadi????/pasti pelbagai andaian dan juga penilaian yang dibuat malah tidak kurang juga kesimpulan yang diberikan..namun kesimpulan menjadi simpul yang bersimpul mati..
apakah tiada kesudahan bagi perpecahan ini
@ tiada jawapan bagi permasalahan ini
@ Allah hendak membiarkan hamba-hambaNya terus teraba-raba mencari kebenaran
tidak sekali-kali..andainya kita adalah golongan yang mahukan kebenaran pasti ada jalan keluar untuk segala permasalahan dan dapat mencari antidote untuk wabak yang ganas ini.
jawapannya sangat mudah Allah berfirman dalam al-Quran:
فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله ورسوله
alangkah indahnya jika kita benar-benar menghayati ayat ini...
namun kita sebaliknya, maka jadilah kita seperti ummat-ummat terdahulu teraba-raba mencari sinar kebenaran padahal sinaran itu berada dekat pada mereka ...Wallahu 'Alam

Hanzholah


No comments:

Post a Comment