Friday, November 13, 2009

Meniti Senja

Assalamualaikum warahmatulLahi wa barakaatuh

Ikhwati yang dirahmati Allah,

Betapa masa berlalu meninggalkan kita termanggu2 mencari secebis harapan di pulau impian,oleh yang demikianlah Allah nyatakan dalam surah al-'asr bahawa manusia sentiasa diambang kerugian sekiranya ia tidak benar-benar menguruskan waktunya dengan baik,bukankah sepatutnya dalam waktu yang telah melewati senja seseorang itu lebih mempersiapkan dirinya dengan ilmu yang sahih dan amalan yang mencukupi,berbaloikah kita hanya bergantung pada cerita-cerita dongeng semata-mata jika demikian tidak hairanlah jika kita dapati bangsa kita terlalu kerap ditipu..ini kerana kita kurang membaca menyelidik dan mengkaji bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bangsa kita tidak membaca,bukankah islam menuntut ummatnya supaya membaca,bukankah ayat pertama yang turun kepada junjungan besar kita memerintahkan kita supaya membaca..namun kita suka shortcut hinggakan terbawa-bawa ke dalam agama.
lantas agama kita diperlakukan dan diperbudakkanjika dilihat terlalu banyak amalan-amalan yang di cut n paste dari adat-adat dan amalan-amalan agama lain..yang mereka merasakannya indah...
يحسبونه حين وهو عند الله عظيم
maksud:mereka menyangkakan ianya ringan sedangkan ia disisi Allah adalah sangat besar...
itulah manusia bila beraja dimata bersultan dihati,bila kuasa disalah guna,agama dipersenda..pangkat disalahguna untuk kepentingan peribadi..kebenaran dicampak ketepi..tidakkah mereka ini merasa takut akan neraka Allah...tidakkah mereka meyakini bahawa segala perlakuan mereka dicatit oleh raqib dan atid...subhanalLah..cukuplah dan dunia meniti senja menanti masa untuk binasa kembalilah kepada kebenaran...
WalLahu A'alam

sekelumit rasa dari insan biasa...
والله المستعان عما يصفون

No comments:

Post a Comment