Friday, November 6, 2009

kuliah ilmu "Riyadhus Shalihin"by :ustaz Arif



Alhamdulillah hari ini dah masuk bab yang ke :4 iaitu kejujuran...Erm...Alhamdulillah ustaz kupas dgn terang dan jelas. Cam biasalah mmg xkering gusi bila dalam kelas ustaz yg arif ni..mmg arif ...macam nak pecah perut.Tapi jgn risau ustaz ada tauliah.jgn ragu-ragu siap tampal atas dahi lagi kad tauliah die hehehehe....ustaz cakap mase g amik kad tu.orang yg buat n tny tu,diploma pun xde ni kan pula nak buat tauliah untuk orang yang mmg ade ilmu ..ape la dunia sekarang.menyekat orang berilmu untuk menyampaikan ilmu.Allah Maha mengetahui..jawablah di mahkamah Allah nnti.....Sekarang ni semua sibuk tny pasal tauliah...mmg susahkan ke tuk menyampai ilmu Allah ni..sedangkan nabi menyurah kita semua mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya walau satu ayat. anyway...biarlah...sy nak kongsi ilmu dlm kelas ustaz td.Supaya kita sama-sama dapat manfaat.

Allah s.w.t berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar."(QS.At-Taubah :119)

Beza antara orang beriman dgn orang kafir ialah kejujuran.Kejujuran adalah sifat yang begitu penting bg orang islam. Jangan mendidik jiwa kita untuk menipu..sekali menipu dan berlaku tidak jujur pasti kita akan membuat keburukan yang lebih dari itu.Kejujuran adalah penyelamat bg orang mukmin.Kerana kejujuran merupakan ruhnya.Sesungguhnya kejujuran membwa kepada kebaikan dan kebaikanlah yang akan membawa kita ke syurga. Bukan mudah untuk mendapat syurga Allah.Sebagaimana mahalnya nyawa kita.begitu lah mahalnya syurga Allah.kita kena bergadai dan berkorban nyawa untuk mencapai syurga Allah.
Ingat lah ! Manusia masuk ke syurga kerana Rahmat Allah dan manusia masuk ke neraka kerana kedilan Allah.Rahmat Allah begitu luas.Dan Allah Maha Pemurah kepada hambanya, tp kita sebagai hambalah yang selalu tidak pandai mensyukuri dan menghargai nikmat Allah itu.
Alhamdulillah bab ni mmg betul2 buat sy terkesan...sebagai manusia..mmg xboleh lari dari dosa kan...perbaiki diri dari hari ke hari ..insyaAllah..masih terngiang-ngiang di telinga..ustaz ada sebut..jgn percaya pada iman diri sendiri..kerana ..dalam setiap aliran darah kita ini ada syaitan..mungkin hari ini iman kita naik..esok..lusa atau tulat iman kita akan turun..xsalah tuk perbaiki diri dari hari ke hari...nobody perfect..tapi sebagai manusia biasa mmg xlari dari kelalaian yang bnyk mengikut hawa nafsu..terkejar-kejar dgn kehidupan duniawi yang mmg indah di mata...tapi sebenar-benarnya kosong dan tiada apa-apa.

"Biar bijak di sana...jgn bijak di sini"...bijak untuk hari akhirat itu lebih manfaat dan terselamat.Hindari perkara-perkara yang syubahat...Sesungguhnya , sesuatu yang halal lagi murni tidak akan tercampuri dengan keraguan di dalam hati seorang mukmin. Barangsiapa yang menjauhi syubahat , bererti die telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Alhamdulillah...setiap orang mukmin kena selalu ingat mengingati sesama kita.agar diri kita juga akn sentiasa beringat dan sentiasa melakukan amal kebaikan untuk diri dan ummah.



1.23 am(saturday)7 Nov 09

No comments:

Post a Comment