Thursday, April 22, 2010

Tawadhu'

Mencela Kesombongan Dan Melampaui Batas.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri" Surah An-Nisa' ayat 36.
Nabi SallalLahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda:
"Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia"HR Muslim dan Hakim dengan lafaz yang mirip.
Membanggakan diri sama dengan merendahkan orang lain kerana kedua-duanya merupakan sifat sombong. Adapun menolak kebenaran adalah menentang dan menjauhinya serta menganggap bahawa kebenaran adalah kebathilan lalu iapun menentang dan menolak kebenaran tersebut.Dalam hal ini ada dua permasalahan:
Pertama:Seseorang yang menentang kebenaran sehingga yang hak menjadi bathil dan yang bathil menjadi hak sesuai dengan keinginan nafsu dan kesombongannya.ia juga berlaku sombong dan merendahkan manusia bertujuan untuk mengangkat kehendak dirinya dan menjatuhkan orang lain.RasululLah dalam kitab Sahih Muslim dari 'Iyadh bin Himar al-Majasyi'i dari Nabi SallalLahu 'Alaihi Wa Sallam:
"Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa hendaklah kalian bertawadhu'sehingga tidak ada seorang pun yang merasa sombong atas orang lain dan tidak ada orang yang melampaui batas terhadap orang lain".HR Muslim,Abu Daud, dan al-Bukhari dalam Adabul Mufrad.
Kemudian RasululLah bersabda dalam masalah kesombongan yang dibenci oleh Allah,"Kesombongan itu terdapat pada kebanggaan dan kejahatan".HR Abu Daud an-Nasaie Ahmad dan Ibnu Hibban. Hadits ini menunjukkan bahawa menyuruh orang lain untuk taat jika bukan atas kebenaran merupakan sebuah kejahatan,dan kejahatan adalah tindakan yang melampaui batas,dan jika itu kebenaran maka itu adalah kesombongan.

Kedua: (Sombong dan kejahatan)berhubung dengan keyakinan dan keinginan, akan tetapi kesombongan adalah melecehkan kebenaran yang kembali kepada kebenaran itu sendiri,iaitu hak Allah walaupun tidak berhubung dengan hak manusia. Sedangkan kesombongan dan melecehkan manusia itu kembali kepada hak manusia, sehingga perbezaan antara keduanya untuk membezakan antara hak manusia dan hak Allah. Ini berbeza dengan syahwat ketika berzina dan memakan harta orang lain. Ketika Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri,(iaitu)orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir.". Surah an-Nisa' ayat36-37.
Yang disebut dengan bakhil ialah menolak kemanfaatan. Hal ini dibatasi dengan menolak kemanfaatan.

Di Ceduk dari buku Tazkiyatun Nafs karangan Syaikul Islam Ibnu Taymiyyah.

No comments:

Post a Comment