Showing posts with label luahan jiwa. Show all posts
Showing posts with label luahan jiwa. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Meniti Senja

Assalamualaikum warahmatulLahi wa barakaatuh

Ikhwati yang dirahmati Allah,

Betapa masa berlalu meninggalkan kita termanggu2 mencari secebis harapan di pulau impian,oleh yang demikianlah Allah nyatakan dalam surah al-'asr bahawa manusia sentiasa diambang kerugian sekiranya ia tidak benar-benar menguruskan waktunya dengan baik,bukankah sepatutnya dalam waktu yang telah melewati senja seseorang itu lebih mempersiapkan dirinya dengan ilmu yang sahih dan amalan yang mencukupi,berbaloikah kita hanya bergantung pada cerita-cerita dongeng semata-mata jika demikian tidak hairanlah jika kita dapati bangsa kita terlalu kerap ditipu..ini kerana kita kurang membaca menyelidik dan mengkaji bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bangsa kita tidak membaca,bukankah islam menuntut ummatnya supaya membaca,bukankah ayat pertama yang turun kepada junjungan besar kita memerintahkan kita supaya membaca..namun kita suka shortcut hinggakan terbawa-bawa ke dalam agama.
lantas agama kita diperlakukan dan diperbudakkanjika dilihat terlalu banyak amalan-amalan yang di cut n paste dari adat-adat dan amalan-amalan agama lain..yang mereka merasakannya indah...
يحسبونه حين وهو عند الله عظيم
maksud:mereka menyangkakan ianya ringan sedangkan ia disisi Allah adalah sangat besar...
itulah manusia bila beraja dimata bersultan dihati,bila kuasa disalah guna,agama dipersenda..pangkat disalahguna untuk kepentingan peribadi..kebenaran dicampak ketepi..tidakkah mereka ini merasa takut akan neraka Allah...tidakkah mereka meyakini bahawa segala perlakuan mereka dicatit oleh raqib dan atid...subhanalLah..cukuplah dan dunia meniti senja menanti masa untuk binasa kembalilah kepada kebenaran...
WalLahu A'alam

sekelumit rasa dari insan biasa...
والله المستعان عما يصفون

Thursday, November 12, 2009

sampai bila kita harus begini..bangkit la dari lena yang panjang

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد
ikhwati yang dihormati Allah,
kemelut yang melanda ummat islam pada hari ini amat memalukan kita sebagai ummat islam yang sepatutnya kuat bersatu padu dan mentaati Allah,namun atas kelalaian kita dan kealpaan itu telah membawa kita kepada perpecahan ini...mengapa semua ini terjadi????/pasti pelbagai andaian dan juga penilaian yang dibuat malah tidak kurang juga kesimpulan yang diberikan..namun kesimpulan menjadi simpul yang bersimpul mati..
apakah tiada kesudahan bagi perpecahan ini
@ tiada jawapan bagi permasalahan ini
@ Allah hendak membiarkan hamba-hambaNya terus teraba-raba mencari kebenaran
tidak sekali-kali..andainya kita adalah golongan yang mahukan kebenaran pasti ada jalan keluar untuk segala permasalahan dan dapat mencari antidote untuk wabak yang ganas ini.
jawapannya sangat mudah Allah berfirman dalam al-Quran:
فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله ورسوله
alangkah indahnya jika kita benar-benar menghayati ayat ini...
namun kita sebaliknya, maka jadilah kita seperti ummat-ummat terdahulu teraba-raba mencari sinar kebenaran padahal sinaran itu berada dekat pada mereka ...Wallahu 'Alam

Hanzholah


Wednesday, November 11, 2009

Gelisahku

Di puncak gelisah
Kubayangkan
Sebentuk wajah
Kuyakini ada
Dalam kesempurnaan
Dalam keagungan karya

Anganku mengembara
Imajinasiku meronta
Cuba lukiskan
Di kanvas tak berbingkai
Dengan warna menyala
Tapi........keterbatasan
Melumat congkak hasrat
Lunglai.............
Terkampar tak berdaya


Tak tahu............
Diladang mana lagi
Mesti kutumpahkan.............
Rindu......keluh kesah dan raa sesal


Ya Allah..........
Di tanganMu segala kehendak
Di sisa waktu tak seberapa
Setitik harap ku panjatkan
Hindarkan sekeping raga
Dari dahsyatnya murka

Thursday, November 5, 2009

Bukan mudah menjadi seorang pendidik..dan bukan mustahil...

Alhamdulillah...setelah resign dari Mcdc..kini sy meneruskan perjuangan mengajar anak-anak yang istimewa(bukan OKU,tapi yang Allah pilih mereka untuk tinggal bersama kami) di Baitul Ehsan...sekarang baru sy tahu bagaimana rasanya menjadi seoarang pendidik...menghadap anak-anak murid yang 1001 kerenah....yang bermacam pelusuk dan bangsa...hehehe..tapi ini semua pengalaman indah.moga-moga Allah akan memberiku kesabaran yang tinggi..dan permudahkan lah untuk ku mendidik anak-anak ini menjadi anak-anak yang solehah dan mukminah.Dan kepada anak-anak di baitul ehsan...akak doakan kamu semua semoga Allah menerangi hati-hati kalian dengan cahaya ilmu...kutip la ilmu walau di mana kita berada...jagailah dia..amalkan ilmu yang ada dengan sebaiknya...dan jangan lupa pada Allah...Semoga Allah menerima amalan kita dan semoga Allah menetapkan kita di jalan Al-Quran dan As-sunnah..matilah kami jua dalam jalan ini...jgn palingkan hati-hati kami kepada kebathilan...

macam-macam hal berlaku di malaysia....

macam-macam isu hangat yang sedang di perkatakan sekarang...yang paling hangat ialah kes ustaz mohd asri di tangkap di rumah salah satu jemaah yang memang saya kenal rapat...anty ni memang istiqamah dalam mengikuti pengajian ustaz-ustaz sunnah.Alhamdulillah,semenjak surau sri ukay di kuarantinkan oleh ustaz-ustaz sunnah untuk menyampaikan kuliah.Anty ni lah yang dengan berbesar hati membuat kuliah di rumah nya sahaja...Alhamdulillah la rumah anty ni besar.Boleh memuatkan jemaah yang ramai untuk mendengar kuliah..tapi xsgka pulak malam kuliah u.Asri tu nak jadi cerita...memang la jais xde kerja..buat ape la dorang susah2 nak tangkap orang sunnah.silap betul jais..skang dah mati kutu...alasannya xde tauliah...kenapa perlu tauliah...rumah hak milik persendirian..bukan memberi tauliah di tempat awam...xpe la.Allah Maha Adil..kita sama2 doa agar Allah menunjuk yang Haq.Zaman kini islam kembali asing.Bermulanya dulu asing...kini kembali asing...

Monday, October 26, 2009

Alhamdulillah...kini perjalanan baru bermula


Alhamdulillah tercapai jua impian untuk membina blog sendiri....bila ada mase terluang aku boleh luah di halaman ini...boleh berkongsi ilmu yang aku ada...boleh bertukar pendapat dan berkongsi apa yang tahu dan tidak tahu...ilmu Allah ini luas... tak tercapai untuk aku mengetahui semuanya...kadang-kadang aku lalai...dan aku banyak buang masa dengan perkara yang xberfaedah....kadang-kadang rase masa berlalu begitu pantas...dan xsempat nak buat itu ini.... InsyAllah semoga niat ku ini Allah rahmati dan redhai....aku sentiasa ingatkan diriku...jadilah seperti mawar berduri..indah tapi penuh dgn duri-duri yang akn membentengi diri dari kerosakan-kerosakan sekitarnya....seindah muslimah dan srikandi sejati....ummu hanzholah....